Wednesday, October 22, 2008

LINTAH LUBUK DUIT



TAHUKAH ANDA?



Daripada penghisap darah kepada lubuk duit. Mungkin itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan “transformasi” atau perubahan persepsi masyarakat negara ini kepada lintah.
Jika dulu lintah sering dijauhi kerana menghisap darah, kini ia bukan saja dicari malah diternak
Jika dulu lintah sering dijauhi dan ramai wanita geli geleman apabila melihatnya, kini spesies haiwan yang hidup melata di sawah serta paya itu bukan saja dicari, malah diternak untuk memudahkan lagi ia diperoleh.


Lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan tinggi untuk ramuan kosmetik dan perubatan. Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini. Ada dua jenis lintah ternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran apabila kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM60 hingga RM100 satu kilogram (kg) mengikut saiz.




Tahukah anda lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu menghisap darah didapati mampu menghalang darah daripada membeku, manakala HISTAMIN pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen. Sekarang ini ramai yang tertarik menceburi bidang ternakan lintah selepas mengetahui kelebihan dan nilai komersial haiwan itu melalui iklan kursus usahawan ternakan lintah yang disiarkan dalam akhbar.



Tahukah anda bahawa lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 100 hingga 300 benih lintah sekali bertelur.

Anda bayangkan, jika pada peringkat permulaan anda menternak hanya 200 ekor induk. Kemudian selepas 5-6 bulan tempoh menuai telah sampai. Kemungkinan besar lintah-lintah anda akan memcecah 20,000 - 40,000 ekor. Dan anda bayangkan jika seekor lintah tadi dijual dengan harga RM1.00 seekor. Bagaimana? dah dapat jumlahnya.. Sememangnya perniagaan ini akan menjana pendapatan anda. BAYANGKAN!!!


Sehingga kita bertemu lagi dilain post. Terima kasih. Wasalam.

No comments: