Saturday, November 1, 2008

KURSUS TERNAKAN LINTAH

KURSUS TERNAKAN LINTAH BERADA DITEMPAT ANDA

Salam kepada semua peminat lintah..Satu kursus ternakan lintah akan diadakan pada 23 November 2008 ( AHAD ) jam 8.30 pagi bertempat di Kolej Teknologi Pulau, Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi saya Zaiyusri B. Haji Ibrahim di nombor 017-4222287 untuk tempahan tempat. Yuran penyertaan RM200 sahaja. Sijil kusus akan dikeluarkan untuk memudahkan anda membuat pinjaman dengan TEKUN NASIONAL..
Terima Kasih..Wasalam..

Thursday, October 30, 2008

Berita Terkini ZNZ

Berita Terkini Z&Z Trading

Bermula 1hb September 2008, harga pelan kami akan dinaikkan kepada RM 3,000.00
Kami di syarikat ZnZ Trading telah menubuhkan ZnZ TDG Holding (M) Sdn. Bhd bernombor pendaftaran 8268836-K pada 15hb. Julai 2008.

Pelan Ternak Lintah kami di Sabah & Serawak adalah RM4,500.00. Pihak ZnZ Trading mengucapkan tahniah di atas wakil di Timur Malaysia (Sabah) iaitu Syarikat RJ&RS Enterprise. Untuk sebarang keterangan lanjut boleh hubungi wakil kami di Kawasan Sabah En. Rosli 0198619702 / En. Rafie 0138603000.

Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kesudian wakil kami di utara iaitu En. Mohd. Syafiq, En. Zaiyusri & En. Mohd. Nor kerana sudi menjadi pengurus/wakil kami di kawasan utara.- En. Mohd. Syafiq (0175696255 - Perlis)- En. Zaiyusri (0174222287 - Pulau Pinang)- En. Mohd. Nor/Pak Ngah (0124135259 - Seberang & Kedah)

Wednesday, October 22, 2008

LINTAH LUBUK DUIT



TAHUKAH ANDA?



Daripada penghisap darah kepada lubuk duit. Mungkin itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan “transformasi” atau perubahan persepsi masyarakat negara ini kepada lintah.
Jika dulu lintah sering dijauhi kerana menghisap darah, kini ia bukan saja dicari malah diternak
Jika dulu lintah sering dijauhi dan ramai wanita geli geleman apabila melihatnya, kini spesies haiwan yang hidup melata di sawah serta paya itu bukan saja dicari, malah diternak untuk memudahkan lagi ia diperoleh.


Lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan tinggi untuk ramuan kosmetik dan perubatan. Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini. Ada dua jenis lintah ternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran apabila kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM60 hingga RM100 satu kilogram (kg) mengikut saiz.




Tahukah anda lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu menghisap darah didapati mampu menghalang darah daripada membeku, manakala HISTAMIN pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen. Sekarang ini ramai yang tertarik menceburi bidang ternakan lintah selepas mengetahui kelebihan dan nilai komersial haiwan itu melalui iklan kursus usahawan ternakan lintah yang disiarkan dalam akhbar.



Tahukah anda bahawa lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 100 hingga 300 benih lintah sekali bertelur.

Anda bayangkan, jika pada peringkat permulaan anda menternak hanya 200 ekor induk. Kemudian selepas 5-6 bulan tempoh menuai telah sampai. Kemungkinan besar lintah-lintah anda akan memcecah 20,000 - 40,000 ekor. Dan anda bayangkan jika seekor lintah tadi dijual dengan harga RM1.00 seekor. Bagaimana? dah dapat jumlahnya.. Sememangnya perniagaan ini akan menjana pendapatan anda. BAYANGKAN!!!


Sehingga kita bertemu lagi dilain post. Terima kasih. Wasalam.

Tuesday, October 21, 2008

APA ITU LINTAH


LAMAN UTAMA

Lintah terdapat 650 jenis. Di Malaysia terdapat 2 jenis lintah iaitu jenis lintah perut hijau dan lintah perut perang (cokelat).

Ia bersembunyi di bawah batu, tumbuh-tumbuhan dan benda yang dapat melindunginya dari cahaya matahari. Ia bergiat aktif waktu malam serta tidak sukakan dasarnya bertanah liat atau rendah nilai kapur.

Permintaan yang sangat menggalakkan, lintah adalah salah satu produk keutamaan tren perniagaan kosmetik pada masa kini. Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.

Penjagaan mudah dan efisien, lintah boleh di ternak di mana-mana. Dengan cara inilah, ramai usahawan boleh memulakan perniagaan ini dengan mendapat khidmat daripada pihak ZnZ Trading dengan cara penternakan dan pembiakan yang bersistematik serta menguntungkan.

Jika dahulu, lintah hanyalah spesis yang di pandang rendah di kalangan ramai orang. Tetapi kini, pelbagai golongan bawahan dan atasan menerima lintah sebagai produk kosmetik yang sangat bernilai. Pada masa kini juga, pelbagai golongan sudah mula menceburkan diri di dalam industri penternakan lintah dengan giatnya.

Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya. Induk lintah boleh menghasilkan 100 hingga 300 benih lintah sekali bertelur dan ia boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.